Monday, January 14, 2008

Hidup dengan ilmu taksir

Bismillah wal hamdulillah.

Assalamu'alaikum warahmatullah.


"kalau hidup dengan ilmu taksir, aman lah manusia.." ayah mengangguk-ngangguk. saya jadi pendengar setia perbualan ayah dengan sahabat baiknya.

Taksir - menaksirkan sesuatu pada diri kita sendiri; - saya contohkan dengan sirah, bilamana Rasulullah saw pernah diajukan soalan : '' boleh kah saya berzina?"
maka dijawab baginda, "bagaimana kalau orang lain berzina dengan isterimu, ibumu, atau saudara perempuanmu..adakah kamu rela?"... masyaAllah.

begitulah yang diajarkan Rasulullah saw. taksirkan sesuatu kepada diri kita.

biasanya kita selamba saja lewat bila berjanji. Tapi bila kita yang terpaksa menunggu..

bukan tak biasa kita menyanggupi sesuatu urusan, tapi kita lupa atau melengah-lengahkan urusan tersebut..bagaimana, andai kita yang menaruh harapan, tapi orang yang diharapkan tidak menepati janji.bayangkan perasaan kita masa tu.

"kita tak tahu betapa 5 ringgit upah menyiapkan barang ni begitu besar ertinya pd dia."
sahabat ayah pula yang mengangguk.

kisah mereka berkisar sikap sesetengah orang, tempah itu ini, tapi upahnya kadang2 dilambatkan. apatah lagi tempahan yang terus dilupakan. sedang si pembuat mungkin bergantung rezkinya pada usaha tersebut. walau mungkin kecil jumlahnya pada kita..

begitu juga sebaliknya. orang yang menempah bersungguh-sungguh, dengan keperluan yang mendesak, bersedia dgn bayaran, kadang2 tidak diendah pula oleh sesetengah pembuat. di dahulukan pula tempahan lain yang lewat dan tidak terdesak.

kedua-dua sahabat saling menyambung cerita.

saya tersenyum sendiri. sebenar nya banyak isi yang dibicara, terasa macam teguran tidak langsung ayah untuk anaknya nih.. dengan harapan, anaknda jadi manusia berguna. hmm.

"tidak beriman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"...

bermu'amalah lah dengan baik, kerana kita amat suka bila orang lain bemu'amalah dengan baik kepada kita.
jangan pula kita rasa tak kisah.lantak lah orang. kerana hidup ini ibarat roda. pusingannya berterusan hingga kita ditanam nanti. Allah Maha Adil.

hmm..saya balikkan segala peringatan ini untuk diri ini sendiri, kerana khilafnya terlalu banyak. masyaAllah..


sampai jumpa lagi.

Sunday, January 6, 2008

Bismillah..


Assalamualaikum ..

petikan kata2 (saya jumpa dlm catitan abg sulong :D)

"Duduk dan menulislah..
membaca, memahami, .. dan mendidik hati
agar kita tidak beku..dungu..dan leka
dengan pentas dunia ini.
"

doa kan saya.