Monday, May 25, 2009

dh lama sungguh tak nulis...hasilnya - bersawang dh blog ni huhu...
doa...
kadang2 tanpa sedar doa yg dibaca lps solat, dh diaminkan..maksud saya, x perasan pn sebenrnya apa yg didoa, tiba2 dh diraup tangan ke muka. astaghfirullah. mulut kumat kamit hati dn fikir ke lain..
hm
berikut petikan sebagai perkongsian, mg sama2 dpt sesuatu


Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula.

Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung...

aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

(petikan dari harakahdaily.net) -Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur; Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat