salam ukhuwah
some one is watching you
looking over you
loving you
who?
Allah
-------- may Allah bless us. ma'assalamah---------
Saturday, December 20, 2008
Wednesday, December 17, 2008
Membudayakan Tulisan Jawi
Bismillah wal Hamdulillah
saya berkesempatan..berpeluang sebenarnya (barakallah buat sahabat yang membuka peluang) hadir di Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi - sempena ulangtahun ke3 MPKB-BRI.
saat menerima undangan, terdetik juga di hati - "tulisan jawi.." tapi ia mati di situ. agaknya sensitiviti dulu dah tersejuk. makin lama mungkin akan beku...lalu dungu? astaghfirullah.
di seminar itu, saya kembali mengenali tulisan jawi sebagai identiti. jiwa bahasa yang saya gunakan. hidupnya dari hembusan nafas Islam , kerana itu ia didendami musuh dan dicobai zaman.
sejarah zaman kegemilangan Tanah Melayu...agaknya kita tahu...mungkin juga kita tak ter-bayang kan. ya. tak dapat dibayangkan. pelabuhan antarabangsa. segenap negara maju (se-zaman itu) menumpu dagang ke sini. Bahasa Melayu menjadi perantara. Tulisan Jawi identiti persuratan rasmi negara. undang-undang di Tanah Melayu adalah undang-undang terdaulat dan terpelihara!
sekira berpeluang ke mana2 negara, cuba2lah melawat muzium. terutama muzium terkemuka. tentu ada naskhah Melayu lama - tulisan Jawi pastinya, sebagai bukti khazanah ilmu itu sudah tersebar ke seluruh dunia.
membanggakan? tidak. kerana kita sudah tidak memilikinya. saya adalah generasi yang menerima tulisan jawi hanya sebagai tulisan sampingan, pilihan kedua selepas tulisan rumi. mujurnya zaman sekolah rendah saya masih sempat menggunakan buku teks pelajaran Agama Islam dalam tulisan jawi. sedikit sebanyak sempat dikuasai. natijahnya amat membantu tika belajar mengaji AlQuran bersama emak di rumah. tidaklah saya menghafal semata untuk khatam muqaddam. seribu kali mujur bila naik marhalah Quran besar, kena mengadap ayah yang tegas dan bekeng. kenangan saya dan adik bongsu (lelaki) yang tak mungkin terlupakan.
walaupun agak lancar sedikit berbanding adik, bunyi ''HMM" saja, sudah tersentak dari bacaan. apatah lagi si adik yang agak tergagap membaca, tengkingan lah yang diterima. hmm... memang tak mungkin terlupakan :) . tapi alhamdulillah, didikan zaman itu membentuk diri kami. seadanya kini. bagaimanapun zaman yang berubah, merubah juga generasi lahirannya. tanggungjawab ibu bapa dan cabaran masa kini pada saya bertambah keberatannya (bahasa sendiri).
kembali topik tulisan jawi.
di negara kita, tulisan jawi digeruni kerana hubungannya dengan Al Quran. kekuatan Islam.
di negara Arab, bahasa Arab rasmi menjadi sasaran musuh. mereka cuba melonggarkan pegangan umat dengan melebarkan pengaruh bahasa Arab loghat daerah. sudah banyak percubaan untuk memartabatkan bahasa daerah, sehingga menjadi bahasa tulisan dan bahasa kegunaan rasmi. tapi alhamdulillah segala usaha itu masih buntu, dan bahasa Arab rasmi yang betul, sebagaimana bahasa yang digunakan dalam Al Quran masih terselamat daripada diketepikan.
tujuan cuma satu. menjauhkan umat daripada Al Quran. bahasanya. tulisannya.
membaca AlQuran dengan mengenal huruf wahyu itu, namanya, sifatnya, pasti berbeza daripada membaca AlQuran tanpa mengenal nama dan sifat hurufnya. kenal namanya 'alif', bukan sekadar tahu sebutan a, i, u. atau kenal namanya huruf jiim, bukan sekadar tahu sebutan ja, ji, ju.
lalu kita ada peranan mengembalikan martabat tulisan jawi ke tempatnya. walau hanya bermula pada diri kita sendiri. kempen pemula adalah; "budayakan tulisan jawi"
bagaimana, boleh? :)
--------------------
masih adakah identiti bagi sekolompok bangsa yang bernama Melayu di zaman ini?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Al Hujuraat:13)
Sunday, December 14, 2008
Zulhijjah dan istikharah
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah, Amat Kasihan Belas
Zulhijjah, bulan Allah mensyariatkan wukuf kepada hambanya yang mampu. sekali seumur hidup. wukuf, kata tok guru - berhenti sejenak. segala urusan dunia ditinggal lupakan. sejenak itu, hanya antara kita dan Allah.
sekali seumur hidup. itulah wukuf di Arafah.
namun, bagi sekelian hambaNya, walau di mana, iktibar wukuf adalah pada solat 5 waktu. device(peranti) penghubung yang Allah sediakan khas untuk kita bertemu terus denganNya. ruang untuk kita kembali. ruang untuk meminta. ruang untuk mengadu segala. kepada Allah, Maha Pencipta.
direnung2, bukan semua mampu. terutama ehwal belanjanya. namun jemputan Allah tidak kenal miskin dan kaya. kita wajib berusaha. wajib berharap. wajib berdoa. moga kita terpilih menjadi tetamuNya. demi menyempurnakan syariat Islamnya kita.
Maha Kariim nya Allah.
hanya sekali yg wajib bagi kita. maka kelebihan rezeki bagi sesetengah hambanya, andai sudah tertunai yang satu itu, alangkah..jika menjadikan saluran rezki Allah padanya sebagai bantuan kepada saudara lain yang serba kekurangan.
saya pernah dengar..rutin bagi seorang tokoh ulama negara, saban tahun yang berkelebihan rezki baginya, dihadiahkan kepada seorang saudara Islam, untuk bersamanya menjadi tetamu Allah. menunaikan seruan wajib seorang hamba pada Tuhannya. barakallah!
segala puji bagi Allah
moga kita terpilih menjadi tetamuNya. amiin!
teringat kisah Nabi Ibrahim a.s.
ditinggalkan isteri dan anaknda di tengah wadi. tiada air. tiada penghuni.
ditanya isterinya Siti Hajar, "adakah Allah yang menyuruhmu.."
tanpa berpaling, beliau menjawab "ya.."
dijawab kembali isterinya..
"pergilah! Allah tidak akan mensesiakan kami"
kurniakan daku kekuatan itu ya Allah!
dan saat Allah mempertemukan kembali keluarga itu, Allah masih menguji Nabi Ibrahim, dengan suruhan agar anaknda dikasihi disembelih sebagai korban. maka ditanya kepada Ismail,
"ayahanda bermimpi menyembelihmu. apa pandanganmu nak?"
jawab Nabi Ismail, "laksanakan apa yang Allah perintah , ayah akan dapati diriku insyaAllah, dari kalangan orang yang sabar."
seorang pemuda, namun hati segagah ayahandanya yang pernah dihumban ke dalam api yang menjulang.
Subhanallah
Selawat dan salam buat nabi Muhammad dan keluarga
Selawat dan salam buat nabi Ibrahim dan keluarga
moga kita kuat mengikuti jejak itu.
-------------------
hmm..
posting ni sudah melepasi saat wukuf tahun ini. maafkan. diturutkan kaedah kewartawanan, berita/laporan harus mendahului, bukan ketinggalan.
tapi saya gagahi jg dgn alasan: 'better late than never' :)
jgn diamalkan/ disengajakan, des! hehe..
motivasi untuk melakukan perkara baik, walau kita sudah lewat..sudah tua.. taubat itu sentiasa luas terbuka pintunya, melainkan saat ajal sudah di kerongkong adanya.
mode diri agak senget..
selepas posting istikharah, ditakdirkan saya harus membuat pilihan besar dalam hidup. bagi saya ia menentu jalan yang bakal ditempuh. mujurnya, masih bukan pilihan jodoh pasangan hidup :)
ujian istikharah.
andai kutahu ya Allah..
doakan saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)