Friday, October 16, 2009
itu saja kisahnya
Salam buat guruku Dr.Mzn, dan
guru2 semester ini semuanya.
saya menulis kali ini sempena selepas kelas akhir bersama Dr. Jumaat pagi. hari ni 16 0kt. entah apa magiknya. kelas Dr. menghimpun segala perasaan pada saya. bermula dari kelas pertama. mujur sorang sahabat sudah warning saya sedari awal. jgn lewat ke kelas. tepat masa Dr. kunci pintu. ya sungguh.
sehingga beberapa minggu sesudahnya, beberapa rakan sekelas masih tak sempat menjejak ke kelas berharga itu.
bab kunci pintu tak dapat masuk kelas memang menakutkan saya. mujur guru lain tak buat begitu.. :)
..hampir setiap pagi Jumaat, kira2 15 minit menjejak 8.30, anda mungkin berpeluang menyaksikan acara pecut berseorangan wanita (30-an!). kalau agak awal, sempat saya berbaju kurung. jika tidak saya berjubah separuh dengan seluar buruh saja. agak saya, memang tak pernah nampak acara ni disertai orang lain. kecuali kalau ada sorang sahabat yg mengikut. berlari jgk lah dia.tapi yg pecutnya saya.ohho...tiada langsung ciri perempuan melayu terakhir. yg terakhir jadi pilihan? mungkin ya :)
lalu sampailah di kelas dgn mengah yg dicover.bimbang diganti gembira dapat masuk dan duduk pada masa pintu masih terbuka. istimewa. ya. ada tekanan untuk tiba d kelas. namun hilang segala bila kelas bermula. tak sah kalau tak pecah ketawa kami dalam sepanjang sesi pelajaran. ada kisah2 yg memotivasikan. terkadang bersangkutan dgn kami yang mengambil subjek ini, atau kursus kami dalam pengajian ini.
paling saya ingat berkenaan kisah seorang genius Iran. kerjanya bersama kerajaan Amerika. memastikan misil dilepas tepat menemui sasaran. maka dia jg lah mencipta anti-misil. (seperti pencipta virus komputer dan penemu antivirusnya - dia lah kedua-dua. rahsia umum yang tersohor lagi terpercaya. walau mungkin tak adil kpd sesetengah nya).... tahu saja pihak mereka, siapa saja mahu diserang boleh diserang. bagaimanapun Iran tanah tumpah darahnya lebih dahulu dilindungi anti-misil di sekeliling sempadan. memang segala percubaan pihak musuh tumpas begitu saja.
subhanallah...
hati bergolak sejak mula kisah misil Dr.. terkenang saya azam diri yang terlupakan sudah lama. semenjak kali pertama ingin mem-pasak hati pada kursus yg diterima untuk sambung belajar dulu. tumpas.bangun.gagal.bangun semula. huhu. lemah hamba ini ya Allah. semakin besar kocakan tasik hati...hingga terbergenang pula di kelopak mata. tergeleng dgn kerdil upaya dan usaha diri. tapi citanya tinggi.
- aim for the stars, then at least you'll reach the moon - ...tolonglah hambaMu yg ini ya Allah.dgn cita2 itu..sekurang2 moga diriku berbuat sesuatu, dari segala rezkiMu dalam hidup ini...amiin!
minggu depan kami ada test. seorang rakan bertanyakan tempat akan diadakan test nanti di mana. dijawab Dr - "kalau tak ada kelas, kita buat test bawah pokok!"
kalau di Perak bersidang DUN, di sini bakal bersidang test pula nanti! :D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
entry ini setelah sekian lama saya tak berusaha bersungguh menulis apa2..di sini. masih ada konflik tulisan agak kiranya eheh...tulisan di perca2 kertas tekadang ada saja..gitulah
sebenar kiraan hamba kali ini khusus meraikan guru2 saya semuanya. bakti kalian dikenang selalu dlm doa yg mengiringi doa buat mak ayah ku yg dimulia. selepas wali-jami'il mukminin wal mukminat, muslimin wal muslimat, wal mu'allimina wal mu'allimat...al ahyaa' minhum wal amwat.
doakan saya juga sekelian!
segan saya.macam nya belum mula apa2. sok lusa dh nk peksa..
mind set me - ada hati jadi! ...ni buah memujuk diri :)
thabatkan hatiku pada deenMu dan ketaatan pdMu
permudah kan urusanku, Ya Kareem...Ya Rahmaan, Ya Rahiim..amiin!
Subscribe to:
Posts (Atom)