Assalamu'alaikum warahmatullah
Ramadhan al Mubarak yang hadir dalam perjalanan hidup kita adalah rezki nikmat yang amat besar. Subhanallah. bagaimana meraikan tetamu agung ini, kitalah yang menentukan.
baru tadi seorang sahabat singgah di pejabat menyampaikan kad undangan sempena walimahnya Syawal nanti. terlancar pesanku dalam senyuman, " Ramadhan terakhir ni sahabat.."
''ya" sahutnya.
terakhir sebagai muslimah yang belum bergelar isteri.
Terkenang zaman masih menuntut. Ramadhan ketika itu, meriah dengan berlumba tadarus Al Quran sampai khatam. saling mengejutkan untuk qiam malam. bising memanggil sahur, (saya lah yang selalu lambat), kekadang kami iftor di masjid, iftor jamai'e di rumah.. tambah meriah bila sahabat2 kolej pun berbuka bersama.
Ramadhan itu sudah berlalu. Ramadhan mendatang, belum tentu. Ramadhan yang masih sempat dirasai sekarang, patut nya saya gunakan sehabis baik.
gembira menyambut dan meng-imarahkan Ramadhan. ketika belajar, ketika masih bujang, ketika bersama ibu ayah yang sudah uzur, atau zaman bekerja, sudah berkeluarga..walau ketika susah di negeri orang, saat kesempitan kewangan, atau detik bertuah dengan rezki yang murah..
pasti dalam setiap fasa kehidupan, ada ruang dan peluang yang sepatutnya kita rebutkan.
Allah menjanjikan 2 kegembiraan bagi mukmin yang melaksanakan perintah puasa-menahan diri, itulah saat berbuka..dan saat bertemu Allah di akhirat nanti.
hmm..posting ini sempena semangat Ramadhan yang penuh barakah. saya dah ketinggalan saat wukuf di perjalanan dah lebih enam bulan :) masyaAllah. sering saja teringat pesan2 yang nak di post ke wukuf..tapi agak memilih saya, sebabnya agak keterbatasan masa dan kemudahan persendirian..(alasan?)..huhu
doakan. Moga tarbiyah Ramadhan memberi kesan.Amiin!
Qaryah Ramadhan di Serambi Mekah
2 comments:
Yups. Moga diteruskan. Cerita dimekah dan madinah tak diceritakan/dikongsi lagi. ceritalah ya....apatah lagi cerita di negeri pak hamka
akan cuba, inysaAllah :)
Post a Comment