Wednesday, November 12, 2008
I S T I K H A R A H
Bismillah wal Hamdulillah
semenjak dua menjak, sahabat terdekat sering mengutarakan isu jodoh dan pilihan.
isu ni biasanya bermusim. musim2 dekat cuti sekolah, cuti raya...bersamaan kehadiran kad2 jemputan yang tak terkira dek jari yg ada :)
sama ada lamaran dari seseorang...ataupun sekali musim ber-orang-orang yang datang melamar.... :) (sahabat2 daku ler nih - sendiri? agakny tak ikut musim..takdo musim..tak sampai musim ..apa sajalah :))
saranan: I S T I K H A R A H
inginku kongsikan sebuah pengalaman..yang diceritakan :)
"..pahtu, nak tahu gane istikharah ni yah(ayah)? mimpi ke?"
"dop semestinya..ada yang dapat mimpi..ada yang tidak.."
"dah tu...?" cepat saja anak memotong kata.
"kadang2 kita sendiri kena cuba rasa jawapan hati ke mana.. pilihan yang lebih dilapangkan untuk kita terima"
mafhum maksud di situ.
tapi ayah masih ada sambungannya.
tidak semestinya juga pilihan hati daripada istikharah yang kita tunaikan, itulah jawapan sebenar.
seorang abang.
cintanya jatuh kepada seorang kawan perempuan.
baik, manis dan sopan..tapi tidak bertudung (menutup aurat)
istikharah ditunaikan.
namun hatinya tenang menerima.
takpa..akan ku didik dia..
sebelum bertolak ke luar negara menyambung pelajaran, janji termateri, walau bukan secara rasmi. meringankan hati yang akan dibawa melangkah jauh..pergi.
tahun pertama
tahun kedua...
janji rupanya terlerai..temannya menerima suntingan orang lain, maju langkah akad nikah, abang ditinggalkan...
tahun itu juga abang balik menjeruk rasa.
"Abang dah istikharah, ayah.. kenapa jadi gini..? "
ayahanda menjawab dengan soalan.
"dulu..kenapa Abang buat istikharah? "
diam.
"bukan kah istikharah Abang, mohon Allah menunjukkan pilihan yang terbaik? "
"ini lah jawapan Allah"
Istikharah dengan niat yang mulia, moga Allah tunjukkan manakah pilihan terbaik buat kita. jodoh, belajar, kerja, pilihan-pilihan yang menuntut satu keputusan. bakal mencorak gerbang masa depan. siapa tahu? hanya Allah.
sudah benarkah istikharah yang kita tunaikan?
ya.
benar.
kita tunaikan, demi meletakkan diri sebagai hamba, mohon petunjuk dan pilihan sebenar, sebagaimana yang Allah suka. moga pilihan itu kelak menjadikan diri kita lebih baik, hamba yang Allah redha.
maka natijahnya, yakinlah.
jawapan Allah tidak semesti pada pilihan hati kita yang sejak mula.
tapi Allah lahirkan jawapan pada tingkah orang lain yang mendahulukan keputusan.
Syukurlah, dan redha. kerana tawakal kita tidak terhenti usai membuat pilihan.
Alhamdulillah, abang kembali menyambung pelajaran. jodohnya datang selepas kepulangan. baik, cantik, sopan, auratnya terjaga sempurna. Subhanallah.
....
Tentulah, setiap dari hamba Allah itu berbeza. imannya, amalnya. i'tiqad dan usahanya. tawakalnya...Allah jua yang Maha Tahu, Maha Teliti, Maha Meliputi. dan Allah menyediakan jawapan bagi setiap persoalan..dengan seni yang tersendiri.
Allahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment