Dalam menangani hal-hal yang berbelit-belit seperti inilah kadang-kadang, hati saya cepat terluka. Dalam keadaan-keadaan beginilah juga, kedua belah tangan saya menjadi cukup ringan untuk diangkat ke langit. Jika orang marah saya berdoa dan mengadu kepada Allah secara kuat dan terbuka ditempat ramai dalam kes penganiayaan ini, maka siapakah yang boleh menghalang saya dan rakyat saya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta biarpun bersendirian? Saya pasti, pada akhirnya Allah tidak akan bersama dengan orang-orang yang menindas, zalim dan menekan.
(dipetik dari blogtokguru.com)
SOLAT HAJAT MENUNTUT ROYALTI MINYAK KELANTAN, 28 Januari 2010
( Khamis Malam Jumaat ), bermula Solat Maghrib
di Stadium Mohamad ke IV, Kota Bharu.
maka siapa pula dapat menahanku daripada turut menadah ke langit bersama yang lain walau diri jauh di rantau...
No comments:
Post a Comment